Setiap wanita hamil pasti ingin tahu bagaimanakah perkembangan bayi
mereka ketika ini. Adakah dia sudah berambut? Bilakah kuku jarinya akan
terbentuk? Bagaimanakah rupa si kecil? Artikel-artikel dalam ruangan
perkembangan fetus (janin) ini disertai gambar-gambar yang menunjukkan
perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu, serta
penerangan mengenai setiap tahap perkembangan yang dicapainya.
Anda juga boleh menonton video
animasi 3D kami yang menunjukkan perkembangan fetus anda dari detik persenyawaan hinggalah tiba masa
bersalin. Semua video tersebut disertai sari kata Bahasa.
Sebelum bermula, kami juga ada informasi bagi ibu-ibu yang ingin memahami proses
ovulasi.
 |
Persenyawaan
Saksikan apa yang berlaku semasa proses persenyawaan.
|
 |
Satu bulan
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.
|
 |
Dua bulan
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput.
|
 |
Tiga bulan
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.
|
 |
Empat bulan
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.
|
 |
Lima bulan
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.
|
 |
Enam bulan
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.
|
 |
Tujuh bulan
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.
|
 |
Lapan bulan
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.
|
 |
Sembilan bulan
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.
|
|
 |
Bulan ke bulan dengan skan ultrasound
Lihat
ringkasan kami mengenai perkembangan bayi anda dari dua bulan
kehamilan. Dalam setiap bulan, terdapat gambar 3D yang interaktif dari
imbasan yang mungkin memberi gambaran tentang rupa bayi anda.
sumber : http://www.babycenter.com.my/c25004491/perkembangan-fetus-anda
|
0 komentar:
Posting Komentar